Tuesday, July 11, 2017

Bankrap: ADUN BN Hilang Kelayakan


Sidang Dun Kelantan hari ini memutuskan menerima usul memuktamadkan kehilangan kelayakan Adun Nenggiri dari BN, Datuk Mat Yusoff Ab Ghani sebagai ahli dewan Dun Negeri ini.



Perkara itu diputuskan Speaker Dewan, Datuk Abdullah Ya'kub selepas usul kemukakan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan.

Pengundian yang dibuat memperoleh keputusan bersetuju 32 orang dan 9 lagi berkecuali. Selepas pengundian, cadangan dan usul tersebut diterima dan diluluskan.

Speaker juga mengumumkan kerusi Dun Nenggiri tersebut kosong bermula tarikh pengumuman tersebut hari ini.




Pada 28 Mei lalu kerajaan menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Negara mengenai kebankrapan Mat Yusoff.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails