Tuesday, January 3, 2017

Bila Masa Saya Kahwin Lagi? Itu Gambar Anak Saya..


Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan beliau mendirikan rumah tangga lagi dengan seorang wanita, baru-baru ini.

Gambar yang memaparkan Mohd Isa dengan seorang wanita itu menjadi viral di laman sosial dengan mendakwa beliau telah berkahwin lagi.

Mohd Isa berkata, wanita dalam gambar tersebut merupakan anaknya, Megawati dan gambar tersebut diambil ketika anak keduanya itu melangsungkan pertunangan, lapan tahun lalu.

“Saya ketawa bila melihat gambar ini, wanita itu anak saya dan gambar itu pun dah lama.

“Bila masa saya kahwin lagi. Nak dekat PRU ini macam-macam fitnah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jempol, berkata, gambar tersebut turut dijadikan bahan fitnah ketika bertanding Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang pada tahun 2009.

“Sekarang ini zaman fitnah, saya nak nasihatkan orang jangan percaya pun susah sebab sekarang banyak sangat fitnah,” katanya lapor Sinar Harian



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails