Thursday, January 5, 2017

BR1M Boleh Guna Beli Proton Iriz? .. Biaq Betoi..


Tak pasal-pasal hari ni Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah jadi sasaran kecaman Netizen..

Semuanya berpunca bila dia kata penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.

Tapi sebenarnya dia nak sampaikan tu ialah BR1M boleh diguna untuk bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat sebanyak RM4,000 bagi pembelian kereta Proton Iriz.

Perkara ni Najib dah bentang dalam Belanjawan 2017 pada Oktober yang lalu..


Tapi persoalannya disini ialah.. sebenarnya Najib dah bagi BR1M tu seorang berapa juta Ringgit?.. semuanya diminta guna BR1M..

Petrol naik rakyat diminta guna BR1M untuk menyerap kenaikkan harga petrol tu, barang dapur naik rakyat diminta guna BR1M untuk menampung kenaikkan itu..

Keperluan Sekolah naik pun diminta guna BR1M juga untuk kurangkan keperitan bahana dari kenaikkan tu..

Ini pulak nak beli kereta?

Dia bagi geran RM5000.. tapi harga kereta tu berapa? katalah RM45,000, dicampur geran dah jadi RM50,000.. Tak pasal-pasal pulak berhutang RM50,000.. sebulan nak kena bayar berapa?..

Lagipun kalau sejuta dari penerima BR1M tu ikut cadangan Najib.. ada sejuta lah UBER kat jalan raya.. siapa pulak yang nak naik tu?

Bila dah tak ada penumpang, nak bayar bulanan dengan apa?.. nak kokak tayar tu sehari sebiji ke?.. BR1M yang dapat dah guna untuk bayar downpayment kereta tu..

Laporan berkaitan..

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.

"Ini akan dilaksanakan pada tahun ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk menambah baik pelaksanaan bantuan berkenaan.

"Kita aakan menstruktur semula BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.

"Kita sedang mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk latihan, supaya mereka boleh menggunakan BR1M dengan bijak bagi memulakan perniagaan," katanya.

Laporan penuh bacalah di SINI

Yang aku tahulah.. BR1M itu adalah untuk perbelanjaan kepada keluarga, bukannya menambah hutang..

Tapi kenapa Proton Iriz?.. kereta lain tak boleh ke?.. kalau macam tu siapa yang untung?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails