Thursday, December 22, 2016

Aksi Jamal Yunos Bertuala Di Pejabat SUK, Disindir Siti Nurhaliza


Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengkritik sikap ketua kumpulan Baju Merah yang bertuala ketika berdemonstrasi di bangunan pentadbiran Selangor semalam.

Menerusi Instagram, penyanyi terkenal itu berkongsi foto Datuk Jamal Yunos yang hanya bertuala putih di pinggang dan bahu.

“Jangan jadi macam Jamal ya? 👎👎👎#kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal sudah empat hari tidak mandi. Minta jasa baik menteri besar tumpang mandi di pejabat SUK #LOL,” coret Siti dengan berseloroh.

Foto yang dimuat naik Siti itu mendapat 12,000 tanda “suka” dan lebih 1,000 ulasan.

Jamal membawa peralatan mandi lain seperti gayung, sabun dan berus gigi sebagai membantah kerajaan negeri di Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, juga dikenali pejabat setiausaha kerajaan (SUK), di Shah Alam susulan masalah air di negeri ini.

“Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah,” kata ketua Umno bahagian itu seperti dilaporkan.

“Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo Baju Merah ataupun bawa senjata. Jika tidak boleh [mandi] di pejabat menteri besar, di tingkat bawah pun jadilah.”

Masalah terbaru bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur berpunca daripada penyelenggaraan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) lapor MMO



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails