Monday, February 29, 2016

Subsidi Tepung 25Kg Akan Dimansuhkan?


Pemansuhan subsidi untuk tepung biasa seberat 25 kilogram (kg) mulai akhir Mac akan menyebabkan kenaikan harga daripada RM33.75 kepada RM42.

China Press yang memetik sumber daripada pengilang tepung melaporkan para pengilang telah mendapat maklumat mengenai perkara itu pada minggu ini.

Sumber memberitahu, pembeli utama tepung 25 kg bukanlah individu atau isi rumah biasa tetapi restoran dan 'kedai mamak'.

Pengilang tepung dijangka mengumumkan harga baharu untuk tepung 25 kg pada minggu depan.

Kerajaan pada masa ini menyediakan subsidi antara RM600 hingga RM700 untuk setiap tan tepung.

Ditanya sama ada terdapat perubahan pada harga tepung bungkusan satu kg yang biasa digunakan isi rumah, sumber pengilang memberitahu, harga akan dikekalkan kerana tidak mendapat maklumat perubahan harga daripada kerajaan.

Tepung biasa bersubsidi pada masa ini dijual dengan harga RM1.35 sekilogram manakala tepung jenis lain yang tidak disubsidi dijual sekitar RM2.50 sekilogram.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pedagang Roti, Biskut, Konfeksioneri dan Kway-Teow Malaysia, Huang Fu Ning (nama mengikut sistem pinyin) berkata, produk yang digunakan pengilang di bawah persatuannya tidak menggunakan tepung bersubsidi.

Katanya, pemansuhan subsidi tepung justeru tidak akan menyebabkan kenaikan harga roti, biskut, mi atau kuetiau.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-peniaga Barang Runcit, Hong Chee Meng pula berkata, pihaknya belum menerima maklumat mengenai kenaikan harga tepung ~ MalaysiaGazette


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails