Sunday, February 28, 2016

Hadi Tak Perlu Hadir, Memang Tidak Diundang, Kata Zaid


Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang tidak diundang ke perhimpunan tokoh-tokoh politik yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganjur.

“Hadi tidak akan hadir perhimpunan 27 Mac ini? Memanglah tidak, beliau memang tidak diundang,” kata Datuk Zaid Ibrahim, penganjur perhimpunan tersebut, di Twitter petang ini.

Beliau mengulas keengganan presiden PAS menyertai perhimpunan tersebut ― yang dijangka dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ― dengan alasan “beliau hanya menolak Umno, bukan orang Umno.”

Mantan perdana menteri itu dan bekas timbalan perdana menteri, yang digantung jawatannya dalam Umno, dua tokoh utama parti pemerintah yang mengecam Najib berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion.

Abdul Hadi dilaporkan tidak berminat menyertai sebarang perhimpunan anti-Najib, termasuk anjuran Zaid, yang dipercayai akan disertai ramai tokoh pembangkang dan penyokong Mahathir.

“Saya anti-Umno tetapi tidak (anti) orang Umno; orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik,”

Sinar Harian memetiknya sebagai berkata. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merancang mengadakan perhimpunan bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Zaid menjelaskan acara anjurannya bukan bantahan awam seperti demonstrasi Bersih 2.0 tetapi ia diadakan secara “tertutup” di kalangan 1,000 jemputan khas ~ MMO


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails