Wednesday, January 27, 2016

Kesian Kat Timbalan Menteri Ni, Dilabel Sebagai Badut Kerana Hujah Pertahan Tabung Haji..


Malang buat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang namanya Asyraf Wajdi Dusuki ni.. panjang lebar dia menjawab mempertahankan Tabung Haji dilabel sebagai badut pulak oleh Blogger Pro UMNO..

Selain itu walaupun dia sendiri tidak berapa pasti akan kesahehan surat yang dikatakan datangnya dari Bank Negara itu.. senang saja dia kata Tabung Haji adalah mangsa strategi fitnah masakini..

Dan malam ini Bank Negara sahkan memang mereka telah menghantar notis kepada pihak Tabung Haji..

Baca hujah Timbalan Menteri tu kat bawah ni..

Saya tidak berhasrat untuk buat penjelasan satu persatu tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji kerana pihak Tabung Haji telah pun diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan penjelasan terperinci mengenai isu yang dibangkitkan pada hari ini.

Bagaimanapun, nasihat saya kepada 'pakar-pakar kewangan segera' Facebook dan media-media sosial lain, eloklah ambil kira beberapa poin dan garis panduan berikut sebelum buat ulasan mahupun komentar berbaur fitnah berasaskan surat BNM yang difahami di luar konteks dan sewenang-wenagnnya disebarkan:

(1) Kena faham apa maksud rizab? Apa beza rizab dan fungsinya bagi sebuah institusi kewangan seperti bank dengan institusi pelaburan seperti Tabung Haji. Kesannya juga berbeza.

(2) Kena faham model perniagaan sebuah bank dengan model perniagaan Tabung Haji. Bank buat duit dengan bagi pinjaman dengan menggunakan modal daripada wang-wang para pendeposit. Sedangkan Tabung Haji menjana keuntungan melalui pelbagai bentuk pelaburan termasuk dalam bidang harta tanah, pasaran saham, dan pemilikan syarikat dan subsidiari yang menjalankan pelbagai perniagaan termasuk Bank Islam.

(3) Kena faham beza struktur kunci kira-kira sebuah bank dengan kunci kira-kira Tabung Haji. Ini termasuklah komponen aset dan liabiliti dalam kunci kira-kira sebuah bank dengan komponen aset dan liabilitikunci kira-kira Tabung Haji.

(4) Memahami struktur kunci kira-kira Tabung Haji dan bezanya dengan sebuah bank akan membantu kita memahami apa bentuk risiko yang dihadapi oleh bank berbanding Tabung Haji yang menjadi kebimbangan BNM.

(5) Harus juga tahu bahawa Tabung Haji tidak dikawal selia BNM. Namun keprihatinan BNM ada asasnya jika Tabung Haji rugi hingga terpaksa guna wang negara untuk tanggung kerugian Tabung Haji jika ia berlaku, waiyyazubillah. Bagaimanapun, persoalannya apakah benar Tabung Haji rugi?

(6) Kena membaca dokumen kewangan atau kunci kira-kira dan penyata untung rugi Tabung Haji secara keseluruhannya bukan bergantung kepada satu bahagian sahaja seperti bahagian liabiliti dan rizab.

(7) Mesti memahami peraturan-peraturan perakaunan antarabangsa yang baru sebagaimana dikehendaki dalam International Financial Reporting Standard (IFRS) terutamanya aspek penilaian rizab, aset dan liabiliti yang digunakan.

Semua garis panduan di atas perlu diambil kira sebelum kita buat ulasan yang akhirnya menyebabkan kita begitu mudah menjatuhkan hukum bahkan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah dan tohmah tanpa rasa sedikit pun khuatir akan dosa jariah dan muflis akhirat yang diamarankan junjungan Nabi Muhammad SAW ~ Malaysiakini

Yang hantar notis tu Bank Negara..Pengerusinya ialah Zetty Aziz yang kalau tak silap aku dah hampir 15 tahun jadi Gabenor Bank Negara tu.. kalau notis dah dihantar tentulah ada yang tak kena..

Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menghantar notis nasihat kepada Lembaga Tabung Haji mengenai amalan pengurusan risikonya tetapi mengatakan dana haji itu telah mengambil tindakan pembetulan dan menuju ke "satu kedudukan kewangan yang mampan dan sihat".

Mengambil tindakan pembetulan.. maknanya dah menyimpanglah tu.. dan  menuju ke "satu kedudukan kewangan yang mampan dan sihat".. terjemah sendirilah..



 Asyraf ni pulak siapa?.. dia datang dari bank mana?.. maka tak hairanlah ada Blogger Pro UMNO yang bukan dari golongan 'Pemakan Dedak' melabel Asyraf ni sebagai "a new Mat Maslan IQ 3.85 in the PM's Dept."

Siapa blogger tu?.. lihatlah di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails