Wednesday, January 27, 2016

Eh? Dulu Kata RM2.6 Billion Untuk Kekang Pengaruh Yahudi, Hari Ni Untuk Kekang Ikhwan Muslimin Pulak?


Dalam usaha mempertahankan dana RM2,600,000,000.00 yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib, berbagai alasan yang tak masuk akal telah dikemukakan oleh golongan 'Pemakan Dedak'.

Antaranya ialah kononnya dana tersebut adalah untuk digunakan bagi mengekang pengaruh Yahudi melalui DAP..

Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendakwa DAP telah dibiayai Yahudi ketika parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum 2013.

The Malaysian Insider juga memetik Abdul Aziz sebagai berkata, penderma berkenaan khuatir sekiranya pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan kerajaan Islam yang diketuai Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita kalah, DAP akan berkuasa. DAP dengan dana Yahudinya akan mengawal negara ini. Berdasarkan perkara itu, rakan-rakan Islam kita di Timur Tengah dapat melihat ancaman Yahudi melalui DAP," katanya kepada perwakilan bahagian Sri Gading.

Itu kata Aziz Karpawi dulu.. tapi hari ini terbukti pemimpin UMNO itu telah berbohong mengenai dana itu..

Menurut BBC, dana tersebut adalah untuk mengekang Ikhwanul Muslimin.. bukannya mengekang pengaruh Yahudi pun..

Laporan berkaitan..

Satu sumber Arab Saudi yang tidak dinamakan mengesahkan hari ini negara itu memberikan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, mengatakan ia untuk membantu perdana menteri memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia. 
Sumber kuat yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu BBC, derma itu diluluskan bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah – daripada poketnya sendiri dan wang negara itu. 
“Derma rahsia kepada Najib yang didakwa dipindahkan melalui transaksi bank di antara akhir Mac 2013 dan awal April 2013, tidak berapa lama menjelang pilihan raya pada 5 Mei,” menurut laporan BBC itu. 
Menurut sumber Arab Saudi itu, derma itu diberikan disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, lapor BBC hari ini. 
BBC menyatakan pada masa itu, pakatan pembangkang termasuk PAS, yang "pengasasnya mengambil ilham daripada Ikhwan Muslimin, bagaimanapun, tidak terdapat bukti kuat menunjukkan pergerakan berasal dari Mesir itu mempunyai banyak sokongan di Malaysia". 
Sumber Arab Saudi itu juga memberitahu BBC, sumbangan itu adalah untuk membantu Najib dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya, mengupah pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan kepada Sarawak, dan pembiayaan program-program sosial melalui kempen parti. 
"Tetapi mengapa Arab Saudi perlu ambil berat tentang pilihan raya terhadap bukan negara Arab yang terletak lebih 6,000 km (3,700 batu) jauhnya? 
"Jawapannya kata sumber itu, ia berhubung kebimbangan mereka terhadap kuasa Ikhwanul Muslimin yang semakin meningkat, yang dianggap sebagai organisasi pengganas," lapor BBC yang berpangkalan di United Kingdom itu. 
BBC melaporkan, Arab Saudi kecewa dengan beberapa kejadian di Mesir, di mana Presiden Mohammed Morsi sibuk menyatukan Ikhwan Muslimin di negara itu. 
"Ada 3 bulan lagi sebelum Morsi digulingkan tentera, dan Arab Saudi yakin pembangkang itu sedang disokong Ikhwan dan Qatar, yang menyokong Ikhwan dan kumpulan Islam lain di Timur Tengah, "katanya. 
Sumber Arab Saudi itu menyatakan bukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga Diraja Arab Saudi menyerahkan sejumlah wang tunai sebagai sumbangan peribadi kerana "Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan pernah mendapat manfaat lebih AS$100 juta derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi ". 
"Tiada apa yang luar biasa mengenai sumbangan ini kepada Malaysia," katanya kepada BBC, "Ia serupa dengan bagaimana Arab Saudi beroperasi di beberapa buah negara." 
BBC melaporkan Arab Saudi dengan segera menyokong penggulingan Morsi di Mesir, memberikan kerajaan yang disokong tentera berbilion-bilion dolar bagi bantuan dan pinjaman. 
Jordan mendapat manfaat lebih daripada AS$1 bilion pembiayaan pembangunan Arab Saudi, sementara Riyadh mendepositkan lebih AS$1 bilion dalam bank pusat Sudan dan menandatangani urus niaga membiayai empangan di Sungai Nil. 
Maghribi dibekalkan dengan minyak, pembiayaan, pelaburan dan pekerjaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 
"Bagaimanapun, soalan masih ditanya mengenai kerahsiaan dan aliran berbelit pemindahan wang serta hakikat perdana menteri memulangkan 91% daripadanya hanya 4 bulan kemudian. 
"Baki AS$61 juta tidak diambil kira," kata BBC, menyatakan peguam negara mengisytiharkan fail penyiasatan ditutup. 
Seorang penyiasat korporat British dengan pengalaman luas dengan Timur Tengah memberitahu BBC AS$681 juta dibayar melalui bank Switzerland cawangan Singapura yang dimiliki para pemerintah Abu Dhabi. 
"Ia sangat keruh," katanya kepada BBC dalam laporan hari ini. 
"Kes ini tidak akan dibersihkan sepenuhnya sehingga Arab Saudi dan rakyat Malaysia melepaskan semua data transaksi, dan ia tidak berlaku. " ~ The Malaysian Insider

Bodoh sangatkah kita ni??



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails