Saturday, January 31, 2015

RON95 RM1.70 seliter bagi Februari bukan RM1.62.. kenapa?


Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70, Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Siapa larikan satu lori bantuan banjir untuk orang Asli di Kelantan ni?


Menurut jurucakap kumpulan sukarelawan lori dengan muatan 3 tan yang digunakan mengangkat barangan keperluan harian bagi diagihkan di sekitar 20 perkampungan orang asli di pedalaman negeri itu lesap bersama muatan mereka..

MH370: Putrajaya tak berhati perut buat pengumuman kematian, kata waris


Sehari selepas Malaysia mengisytiharkan penerbangan kehilangan MH370 satu kemalangan dan semua 239 di atas kapal meninggal dunia, waris penumpang dan anak kapal itu melahirkan kemarahan mereka, menuduh Putrajaya tidak berhati perut dalam mengendalikan keadaan.

Friday, January 30, 2015

Azmin diingatkan supaya jangan jadi Khalid Kedua..


Seorang kolumnis Kwongwah Yitpoh yang menggunakan nama pena Huyidao meluahkan rasa terkejutnya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba-tiba mengingatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya tidak menjadi Khalid kedua (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dalam satu majlis pada 10 Januari.

Kenyataan Mustafa terhadap Lim bersifat peribadi, kata Mat Sabu


Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Pengguna Twitter sifatkan kehilangan MH370 satu konspirasi disiasat polis


Akibat menulis tweet mengatakan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan satu 'konspirasi' dan bukannya kemalangan, seorang pengguna Twitter kini di dalam siasatan pihak polis selepas postingnya dipetik ketua polis yang mengarahkan siasatan dijalankan.

Harakah Dalam Bahaya dibawah Mustafa Ali dakwa Pengasasnya..


Salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

Thursday, January 29, 2015

Setelah hampir setahun akhirnya MH370 diisytihar kemalangan dan 239 penumpang terkorban..


Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini dengan rasminya mengisytiharkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.

Ibu Sirul nafi mahu anaknya pulang ke M'sia


Usaha untuk mengesan Piah Samat di kampung di Changkat Jering, Perak tidak sukar kerana beliau amat dikenali di kampung itu ekoran kes melibatkan anaknya, Sirul Azhar Umar.

Altantuya: Akhirnya Razak Baginda bersuara..


Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

Ahmad Maslan kata harga minyak dijangka kekal di atas paras AS$40 setong tahun ini. Tapi..


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yakin harga minyak mentah dunia tidak akan jatuh ke bawah paras AS$40 setong pada tahun ini.

1MDB: Minta tangguh bayar pinjaman RM2 Billion untuk kali ketiga?


Pelik ni.. katanya dana yang bernilai RM7 bilion dari Pulau Cayman telah dibawa pulang ke Malaysia.. tapi kenapa pula perlu minta penangguhan untuk membayar pinjaman RM2 Billion?

Wednesday, January 28, 2015

Sirul mungkin ditahan selamanya di Sydney, lapor Sydney Morning Herald


Sydney Morning Herald hari ini melaporkan Koperal Sirul Azhar Umar, yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, mungkin ditahan di pusat tahanan Sydney untuk selama-lamanya..

Visa naik dari RM15 jadi RM250, Agensi Indonesia Ugut Henti Hantar Pekerja Ke Malaysia


Manalah Agensi Tenaga Kerja Indonesia ni tak bengang tiba-tiba kos pemprosesan Visa untuk pekerja Indonesia dinaikkan dengan begitu tinggi sekali kenaikkannya.

Sirul enggan pulang untuk ke tali gantung..


Sirul Azhar Umar yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Australia, enggan pulang ke negara ini di mana hukuman mati sedang menantinya atas kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota TUDM dihukum


Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis bersama Mejar Zaidi Ahmad berhubung masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013 diturunkan pangkat kerana melanggar protokol, kata sumber.

Tuesday, January 27, 2015

Bengang diserang Cyber Trooper UMNO, Kit Siang kata Shabery Cheek MUNAFIK..


Apa dah jadi dengan macai-macai hari ini agaknya.. jika suatu masa dulu sebelum PRU13, selain Anwar Ibrahim dan Guan Eng menjadi sasaran fitnah, Presiden PAS TG Haji Hadi juga menjadi sasaran mereka..

Gangguan bukan disebabkan aktiviti penggodaman - Facebook


Servis pengendali platform media sosial terkemuka dunia, Facebook dan Instagram berjaya dipulihkan selepas perkhidmatannya terganggu hari ini, menurut Facebook dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada AFP.

Akhirnya kisah TG Nik Aziz Tahajjut semasa koma dinafikan oleh sepupu Ustaz Ahmad Dasuki..


Sebelum tu.. baca dan fahamkan betul-betul ayat aku ini.. Aku bukannya hendak memperkecilkan Tok Guru Nik Aziz tapi aku cuma mempersoalkan apa motif individu yang dikenali sebagai seorang Ustaz itu menyebarkan cerita begini?

Rotan: Ramai Cikgu dijangka masuk penjara selepas ini


Sabtu lalu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilaporkan berkata, merotan kanak-kanak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Betullah kos pengurusan jenazah itu mencecah RM4,735..


Masa zaman Datuk dan Nenek kita 30 atau 40 tahun yang lalu.. rasanya tak ada sebarang bayaran yang dikenakan atau diminta untuk menguruskan jenazah..

Monday, January 26, 2015

13 Gengster gaduh rebut tempat letak kenderaan ditahan Polis


Polis menahan 13 individu disyaki terlibat dalam insiden tembakan membabitkan dua kumpulan gengster di Flat Taman Desa Gombak semalam berhubung rebutan tempat letak kenderaan sempena Thaipusam.

Lizard Squad dakwa MAS berbohong..


Penggodam yang menggelarkan diri sebagai Lizard Squad telah membocorkan jadual penerbangan dan maklumat tempahan penumpang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Datum Jelatek: Nak tukar jadi "Chinese District" macammana kalau majoriti pembeli Bumiputera?


Projek Datum Jelatek sebelum ini dibantah penduduk tempatan yang mendakwa ia bertujuan menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi "Chinese District" (Daerah Cina) kerana ia hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China.

Keputusan rayuan kes Liwat II Anwar diumum 10 Feb


Keputusan rayuan kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Ibu anggap Sirul dianiaya, harap dibebaskan


Ibu kepada Koperal Sirul Azhar Umar melahirkan rasa sedih dengan nasib yang dihadapi oleh anaknya itu.

Sunday, January 25, 2015

Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah?


Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Saturday, January 24, 2015

Sirul Pindah Ke Pusat Tahanan Kawalan Maksimum Di Sydney, Lapor ABC


Bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar dilaporkan dipindah ke pusat tahanan di Sydney, walaupun sebelum ini ada laporan menyatakan dia akan dibebaskan pihak berkuasa Australia.

Dua Anggota Polis Paksa Zamani Menyanyi Digantung Tugas


Dua anggota polis yang memaksa penyanyi kumpulan popular 90-an menyanyi ketika di lokap dan tangannya digari telah digantung tugas.

Video Seks Daim Zainuddin bakal disebar..


Sebagaimana yang telah dijangka.. gara-gara kritikannya terhadap Najib, macai-macai yang tak mampu untuk menjawab atau menangkis kritikan tersebut menggunakan taktik kotor..

Friday, January 23, 2015

Surat kepada FBI: Sesudah dikantoikan Hishamuddin, Syed Hamid Albar pulak kantoikan Zahid..


Apalah malangnya Zahid Hamidi kali ni.. minggu lepas sebab nak pertahankan tindakannya menulis surat kepada FBI, Zahid kata Menteri Dalam Negeri sebelum dia pun tulis juga surat macam tu..

Australia rampas passport dan bebaskan Sirul?


Sirul Azhar Umar yang kini dalam pelarian di Australia dibebaskan dengan bersyarat oleh pihak berkuasa negara itu. 

Azan Subuh tidak dilaungkan di Pulau Pinang?.. Fitnah tu... baca nih!


Berapa puluh kali 'Azan Subuh' nak dijadikan modal fitnah oleh macai ni?.. beberapa tahun dulu dah kecoh 1Malaysia kononnya Pulau Pinang melarang Azan dikumandangkan, kali ni timbul lagi..

Thursday, January 22, 2015

Zahid diserbu pengguna tak puas hati khidmat MyEG (Video Inside)


Yang menyebabkan orang ramai marah ialah selain dari punya sistem yang lembab, kadar yang dikenakan dianggap membebankan mereka..

Polis Kenal Pasti Anggota Polis Yang Rakam, Sebar Video Zamani


Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan baru-baru ini.

Patutlah harga barang tak turun-turun...


Saya sering ditanya (terutamanya dari kalangan penyokong Umno) kenapa harga barang masih tidak turun sedangkan harga minyak telah turun.

Siapa Rakam dan Sebar video Zamani dipaksa menyanyi semasa bergari dalam tahanan Polis ni?


Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam yang bergari tangannya telah dipaksa menyanyi oleh seorang yang dipercayai anggota polis ketika dalam tahanan.

Peluang bawa pulang Sirul Azhar 
tipis dan ambil masa lama..


Kerajaan hanya mempunyai satu pilihan untuk membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar ke negara ini iaitu melalui permohonan kepada mahkamah Australia.

MPPP Tindas Peniaga Islam 'Line Clear'?.. Tak tahu tanya dulu Bro.. jangan sebar fitnah..


Dua isu yang dijangka menjadi panas di Pulau Pinang sehari dua ini ialah tindakan penguatkuasaan oleh MPPP dan juga MPSP.

Chegubard muncul pertahan Anwar, libas Sakmongkol AK47


Tindakan tokoh DAP Datuk Ariff A Aziz mempersoalkan serangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin menjemput sanggahan daripada Chegubard hari ini.

Wednesday, January 21, 2015

Lagi hartanah strategik Johor dijual kepada China..


Walaupun prospek industri hartanah di Iskandar Malaysia dijangkak muram tahun ini, sebagaimana diramal oleh penganalisis tempatan, namun ia tidak menghalang 'selera' besar pemaju hartanah daripada China untuk membeli tanah-tanah bernilai di bandaraya Johor Bahru.

TG Nik Aziz semakin pulih


Anak kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bapanya itu kini beransur pulih dan sudahpun mampu bangun untuk bertegur sapa pagi ini.

PLKN: Dulu Penjarakan Remaja miskin yang gagal hadirinya, sekarang tangguh pula.. Benarkah ianya begitu penting?


Mereka yang tidak menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sirul Azhar ditahan Imigresen di Queensland lapor Media Australia


Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar sudah ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia atas sabitan kes bunuh Altantuya Shaariibuu, lapor media Australia, ABC News hari ini.

Tuesday, January 20, 2015

Interpol keluarkan 'Red Notice' terhadap Sirul Azhar


Interpol mengeluarkan notis merah kepada Sirul Azhar Umar, yang dijatuhkan hukuman mati kerana didapati membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

TG Nik Aziz masuk ICU


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang ini.

Alamak!! Hishamuddin Kantoikan Zahid isu surat kepada FBI..


Menjawab isu mengenai surat yang ditulisnya kepada kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung isu raja judi Paul Phua Wei Seng, Zahid berkata beliau mempunyai kuasa menulis surat itu.

Harga Gula Dunia dah turun.. tapi kenapa harga Gula di negara kita tak turun-turun?


Pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak telah mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa 26 Oktober.

Bekas Menteri Penerangan dah merajuk, dia tak mahu tulis Blog dah...


Kecewa dituduh berkonspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membuat keputusan berhenti daripada penulisan politik, menjadi penulis blog berprofil tinggi Umno pertama yang melakukan tindakan sedemikian. 

Monday, January 19, 2015

Bila TV3 percaya kepada orang yang salah... inilah jadinya..


Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan arahan wajib membuat liputan TV3 terhadap program PKR yang didakwa bertujuan menyerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails