Sunday, December 27, 2015

Zahid Hamidi Kantoi Menipu Lagi.. Majlis Syura Pulak Kantoikan Dia..


Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, ahli PAS yang menentang kerjasama dengan Umno perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam wawancara eksklusif pertengahan Disember lalu,Ahmad Zahid Hamidi percaya mereka dalam PAS yang tidak bersetuju dengan kerjasama itu akan diurus menerusi Majlis Syura.

"Saya cukup yakin chemistry (keserasian) sudah wujud dalam pemimpin PAS dan Umno, walaupun kedengaran ada suara-suara menolak daripada PAS.

"Oleh kerana kita faham mereka mempunyai sistem syura yang cukup kuat, suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya.

Malangnya Zahid kantoi menipu lagi untuk kesekian kalinya.. sebab Majlis Syura Ulama Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun pendirian yang meminta supaya ahli parti itu akur mengenai kerjasama Umno dengan Pas.

Baca ni..

SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun pendirian yang meminta supaya ahli parti itu akur mengenai kerjasama Umno dengan Pas.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, selepas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno yang menghulurkan tali silaturahim kepada Pas, pihaknya tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat membincangkan perkara itu.

“Begitu juga selepas Multaqa Serantau Alumni al Azhar baru-baru ini, kami (Majlis Syura Ulama Pas) tidak pernah ada sebarang mesyuarat dan membuat sebarang keputusan atau kenyataan supaya ahli Pas akur kenyataan dikeluarkan kami mengenai kerjasama Umno dengan Pas.

“Kalau Naib Presiden Umno, (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamid kata kami keluarkan kenyataan minta ahli akur, itu tidak benar sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan media beberapa hari lalu menyatakan bahawa ahli Pas yang menentang kerjasama dengan Umno, perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

Mengulas lanjut, Mahfodz yang juga Ketua Dewan Ulama Pas berkata, pihaknya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada Umno berhubung kerjasama parti itu dengan Pas.

“Salah satu sebab kami tidak buat mesyuarat untuk membincangkan mengenai perkara itu adalah (kerana) kami tidak menerima sebarang surat daripada Umno.

“Hanya ucapan lisan Najib pada Perhimpunan Agung Umno dan Multaqa Serantau Alumni al Azhar. Tidak ada surat (hitam putih), jadi kami tidak bermesyuarat bincangkan perkara itu,” katanya.

Ditanya adakah Majlis Syura Ulama akan bermesyuarat untuk membuat suatu ketetapan sekiranya Umno menghantar surat kepada Pas, beliau berkata, pihaknya akan meneliti dan berbincang terlebih dahulu lapor Sinar Harian

Sampai bilalah dia nak terus kencing rakyat ni??



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails