Friday, November 27, 2015

Harga Kereta Perodua Akan Naik Sebab Nilai Ringgit Jatuh..


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tidak menolak kemungkinan akan menaikkan harga kereta keluarannya tidak lama lagi disebabkan kejatuhan harga Ringgit.

Kenaikkan itu bagaimanapun hanya akan berlaku jika Perodua tidak mampu lagi menyerap kenaikan kos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kelemahan Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat memberi impak kepada peningkatan kos operasi syarikat.

Katanya, ada komponen kereta keluaran Perodua yang diimport dan transaksi pembelian dilakukan menggunakan dollar AS atau Yen Jepun.

“Buat masa ini syarikat masih menyerap kesan kejatuhan nilai Ringgit. Jika telah mencapai satu tahap di mana kami tidak mampu lagi menyerap peningkatan kos ini, ada kemungkinan harga kereta dinaikkan. Tetapi syarikat belum membuat keputusan,” katanya selepas majlis perasmian buku bertajuk Dude, That’s My Car pada Khamis.

Perodua pengeluar kereta model Axia, MyVi dan Alza dengan menawarkan pakej kereta mampu milik.

Sejak beberapa bulan lalu, syarikat kereta Jepun dan Eropah telah mengumumkan kenaikkan harga kenderaan masing-masing bermula awal 2016 kerana kemerosotan nilai Ringgit lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails