Saturday, November 28, 2015

Backbenchers BN Kuat Mengampu, Penakut, Anwar Perlu Dibebaskan Kata Khairuddin


Semakin menarik politik negara kita, terutamanya yang berkaitan dengan usaha-usaha ahli-ahli UMNO yang mahu Najib meletak jawatan Perdana Menteri.

Berbagai usaha dilakukan mereka setelah menyedari Najib semakin hari semakin menyusahkan rakyat yang akan menyebabkan UMNO/BN ditolak dalam PRU14.

Perlu kita akui tindakan mereka yang mahu Najib meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah satu langkah yang baik buat negara kerana Najib telah terbukti lebih banyak menyusahkan rakyat dari membantu rakyat..

Di bawah pentadbiran Najib juga kita menyaksikan nilai ringgit jatuh, GST dilaksanakan, berlaku berbagai kenaikkan kos yang melibatkan pelbagai dari tol hingga kepada keperluan asas.. boleh dikatakan hampir semuanya naik..

Tapi dari segi politik pula, perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri merugikan pihak Pembangkang kerana Najib adalah seorang pemimpin UMNO yang dikatakan paling banyak membawa masaalah..

Selain dari penulis buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ pada tahun 1998, Khairuddin Abu Hassan juga merupakan anak saudara Sulaiman Palestin dan juga sepupu kepada Anwar.

Ketika ramai ahli UMNO membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Khairuddin telah menerbitkan buku tersebut.

Ketika era pentadbiran Pak Lah [Bapa mertua Khairy Jamaluddin] pula, beliau pernah melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia menggunakan kapal terbang kecil bernama “Kailan” iaitu sempena nama ibu bekas Perdana Menteri itu.

Pada November 2009 pula, Khairuddin selaku ahli lembaga pengarah LBCN Development Sdn Bhd, memfailkan saman malu berjumlah RM500 juta ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor dan kerajaan Negeri Selangor.

Dan hari ini dalam meneruskan agenda menjatuhkan Najib, beliau mahukan agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara..

Laporan berkaitan..

Individu yang menerbitkan buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi perdana menteri', hari ini menyokong gesaan supaya bekas ketua pembangkang itu dibebaskan.

Bekas Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, beliau menyokong penuh mana-mana dayausaha untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

"Datuk Seri Anwar telah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanahair.

"Biar landskap politik tanahair kita bertambah warna-warni! Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah?" kata Khairuddin.

Sebagai pemimpin akar umbi Umno yang memihak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin baru dibebaskan dengan jaminan selepas didakwa mensabotaj ekonomi Malaysia berhubung laporan-laporan yang dibuatnya terhadap 1MDB.

Katanya, amat wajar Anwar berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang effektif bagi 'semak dan imbang' pentadbiran negara.

"Kini kita tidak boleh harap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi untuk membuat teguran membina ke atas pucuk kepimpinan tertinggi," katanya.

Mereka ini. dakwanya, adalah kalangan kaki bodek yang lemah minda yang tidak amanah pada Allah SWT serta rakyat jelata.

"Mereka lebih takut pada manusia dari tuhan." katanya sambil menggesa penolakan pemimpin seumpama itu.

Beliau berkata pemimpin itu sepatutnya harus berani membuat teguran secara jujur dan ikhlas demi kebaikan atau kepentingan parti agar menjaminkan survival Umno mahupun BN dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

Kumpulan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Arbitrari (WGAD) mengeluarkan kenyataan awal bulan ini yang menyatakan pandangan mereka yang mendakwa bahawa Anwar telah dinafikan perbicaraan yang adil.

Amnesty International juga telah mengiktiraf Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada bulan Februari atas sabitan tuduhan liwat, sebagai tahanan politik lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails