Thursday, July 30, 2015

Sarawak Report dedahkan sebab sebenar Gani Patail dipecat?


Selasa lalu selain dari tuan punya tubuh sendiri yang terkejut boleh dikatakan 1Malaysia turut terkejut dengan berita yang mengatakan Gani Patail telah ditamatkan perkhidmatannya pada harI Isnin.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan.

Gani telah digantikan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa Isnin (27 Julai 2015).

Ramai yang mempersoalkan alasan yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara itu iaitu alasan 'Kesihatan' kerana ketika mengetuai pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, Gani dilaporkan sedang mengalami masaalah kesihatan.

Selain itu faktor usia juga dipersoalkan, Gani berusia 62 tahun tapi yang menggantikannya pula lima tahun lebih tua darinya..

Gani juga dilaporkan terpinga-pinga dengan penamatan perkhidmatannya itu.. sila baca di SINI

Umum mengetahui ketika perkhidmatan Gani ditamatkan dua tahun lebih awal itu beliau antara individu yang terlibat secara langsung dengan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang sedang giat menyiasat tuduhan RM2.6 Billion yang dikatakan disalurkan ke dalam akaun Najib.

Hari ini Sarawak Report, portal yang telah di 'block' oleh SKMM tapi masih boleh dilayarai telah mendedahkan sebab sebenar perkhidmatan Gani itu ditamatkan secara tiba-tiba.

Menurut Sarawak Report, Gani ditamatkan perkhidmatannya secara tiba-tiba kerana beliau sedang merangka kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dan Dato Shansul Anuar bin Sulaiman.

Difahamkan Sarawak Report telah menerima beberapa bukti salinan dokumen yang menunjukkan Gani Patail sedang merangka pendakwaan ke atas Najib atas pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.

Salinan tersebut menurut Sarawak Report telah disahkan kesahihannya sebelum dipaparkan kepada umum untuk tujuan penyebaran.

Salinan tersebut masih berstatus 'draf' (rangka) kerana Gani ditamatkan perkhidmatan sebelum berjaya menghabiskan kertas siasatan dalam persediaan ke arah proses pendakwaan.

Draf pertuduhan pertama menunjukkan Pendakwa Raya lawan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato Shamsul Anuar bin Sulaiman menyatakan kedua tertuduh tersebut bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu Nik Faisal Ariff telah menerima suapan berjumlah RM27Juta sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan pinjaman dari KWAP.


Menurut Sarawak Report lagi, pada pagi isnin ketika Gani mahu memasuki pejabatnya, dia telah dihalang dan dimaklumkan telah ditamatkan perkhidmatannya.

Bukan sahaja dia gagal memasuki pejabatnya pada pagi itu bahkan tidak berhasil mengambil apa-apa dokumen sekalipun.

Seterusnya bacalah kat Sarawak Report ni di SINI ..
Versi cache saja tu sebab Sarawak Report dah kena block sekali lagi sebab siarkan pendedahan ni..

Dokumen yang dimaksudkan mungkin tak kelihatan di situ.. kalau tak nampak kat situ tengoklah kat SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails